13 January 2017

Sebenarnya apa cerita si King Coco ni?

First of all, saya ni memang tak biasa blog dalam bahasa Melayu, tapi saya nak ceritakan pasal hal Coco ni. Perkara ni memang perkara gossip terhangat didunia Melayu saja. Orang yang tak tahu cakap Melayu memang tak akan faham pun kenapa kita sibuk sangat dengan King Coco.

King Coco tu nama gelaran seorang gadis Malaysia yang tetiba saja terus viral di social media. Viral pasal apa, awak tanya? Ah, viral sebab pada suatu hari, Coco merakamkan sebuah video dan dalam video tu dia kata die keturunan macam-macam punya keturunan. Sebab itu dia mempunyai loghat yang agak lain sedikit dari loghat Melayu biasa.

Itu saje.... tetapi selepas itu, video tu terus jadi viral. Disebar-sebarkan orang-orang yang maha bingit, rimas, dan menyampah dengan 'perangai' si Coco tu. Konon "action mat salleh" lah... "nak berbual bahasa orang putih pun tak betul" lah... "muka melayu habis konon nak mix-mix" lah... heyyy... macam-macam lah orang melayu kita ni tuduh si Coco tu. Tetiba macam semua orang ambil hati pasal Coco tak tahu nak cakap bahasa melayu betul-betul... ambil hati pasal bebual bahasa orang putih pun tak betul. Jadi Coco dianggapkan seorang yang tak sedar diri.

Saya ni bukan nak kesiankan Coco. Tapi saya nak terangkan... sebenarnya begini... Kalau ikut perasaan saya, si Coco ni dia faham sangat fungsi social media. Dia tahu kalau dia buat video merepek macam tu, mesti ramai orang akan sebarkan, disebabkan pasti ramai yang ambil hati kalau tengok perangai seorang gadis melayu muda yang kononnya 'tak sedar diri dia tu melayu'. Pasti ramai yang menyampah dengan perangai 'action mat salleh' dia tu. Ah.. dah viral dah. Nak buat macam mana lagi?



Bukannya susah sangat nak faham. Taktik Coco tu diibaratkan taktik marketing juga. Dan dengan taktik tu, Coco sangat berjaya. Lebih ramai orang yang sebarkan tentang Coco, lebih luas lah dia berjaya sebarkan image dia. Lama-lama dia jadi terkenal. Coco tak kesah kalau orang ramai suka dia ke, keji dia ke... walau bagaimanapun Coco tetap dapat 'exposure'. Lebih ramai orang akan kenal nama atau jenama "Coco".
Nah. Kalau dah terkenal, apa lagi kan? Pasti Coco bermula dengan jualan produk-produk kecantikan. Business pun semakin bagus.

Kalau saya perhatikan bagaimana semua orang di social media menyebarkan tentang hal Coco ni, saya sedih. Sedih pasal apa? Sedih pasal bukan Coco yang tak sedar diri, tapi korang semua ni yang tak sedar diri. Coco berjaya viral, berjaya jadi terkenal di TV, berjaya buat business, pasal korang lah (terutama semua yang bikin video parodi Coco) yang emosi sangat dengan apa yang Coco cakap/buat hingga korang sebarkan video Coco dan permudahkan perjalanan dia.
Faham tak? Dah tak tahu macam mana lagi nak terangkan dah..

Taktik Coco senang je: 
1) perangai kurang ajar (kontroversi)
2) berbual benda yang tak masuk akal
3) buat orang awam rasa menyampah dengan dia

Selesai. Easy. One, two, three. Taktik ni bukan taktik baru... ramai selebriti-selebriti di luar negara menggunakan taktik ni juga untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Senang je. Cuba korang buat video, lepastu korang buat perangai tak senonoh sampaikan satu negeri nak bunuh korang. Confirm viral.

Jadi biarlah Coco tu buat apa dia nak buat. Korang semua jangan ambil hati sangat. Anggaplah itu sebagai latihan untuk kehidupan masing-masing. Saya tak kesah kalau awak suka Coco, saya pun tak kesah kalau awak tak suka dia. Itu semua tak penting. Dia Melayu asli ke, dia Islam ke, dia pakai tudung ke telanjang ke, dia tak akan susahkan hidup kita selagi kita tak izinkan.

Kalau korang takut sangat yang dia ni buruk-burukkan 'nama Melayu', patut korang fikirkan kenapa boleh wujud perasaan macam tu dalam diri kita. Fikir masak-masak. Kita ni hidup bukan untuk jaga tepi kain orang lain. Kita semua ada hidup masing-masing, belum tentu kita sempurna, kan?

Kalau ada sesiapa yang nak tengok video viral Coco, sila google dan cari sendiri di internet. Saya tak akan sebarkan perkara tu disini. Dah cukup viral dah benda tu.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment